Friday 4 May 2012

CONTOH SURAT JEMPUTAN PENCERAMAH



Ruj. Kami        : SMKKD/ 01/02/008/05(1/2012)
Tarikh              : 5hb FEB 2012

Kepada:
Mansuruddin bin Mohamad Ibrahim,
(651202-61-5011)
57/10 no 37-1,
Taman Koperasi Polis,
Phase 2,
68100 KUALA LUMPUR.

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH

Dengan hormatnya, saya merujuk kepada Perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kerohanian dan Bina Insan dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SMK Seksyen 10 Kota Damansara akan mengadakan program sambutan MAULIDURRASUL 1433H. Program tersebut akan dijalankan seperti berikut:

Tarikh              : 11hb Februari 2012
Tempat            : Dewan Terbuka SMK seksyen 10 Kota Damansara
Masa                : 10.30 pagi – 12.30 tengahari
Tajuk               : Syamail Rasulullah saw

3.         Sehubungan dengan itu , kami ingin menjemput tuan untuk menyampaikan ceramah.

4.                   Pihak kami amat berbesar hati sekiranya tuan dapat memenuhi jemputan kami. Segala kerjasama dari pihak tuan amat kami hargai dan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.


Sekian,

“PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH”

Saya yang menurut perintah,
     

(ZABEDAH BINTI WARJAN)
Pengetua,
SMK Seksyen 10 Kota Damansara

No comments:

Post a Comment